Jumat, 08 Agustus 2008

Pengertian Taubat...

Pengertian Taubat
Bersabda Rasulullah SAW :Penyesalan itu taubat (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Hibban & Hakim)Apakah taubat ? Taubat ialah proses kita menyucikan diri kita dari kekotoran dosa yang telah dilakukan. Pengertian taubat itu terbina di atas tiga factor.

  • Ilmu : Tanpa ilmu, seseorang tidak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tanpa ilmu seseorang tidak akan tahu rukun dan syarat dalam beribadah. Tanpa ilmu juga, tidak akan wujud kesedaran, kerana tiada cahaya penyuluh ke arah jalan kebenaran.

  • Penyesalan : Lahir dari rasa kesedaran. Setelah seseorang dilengkapi dengan ilmu, maka mudahlah dia menyuluh perjalanan hidupnya didunia. Dapatlah dia membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tahulah seseorang, antara amalan yang dianugerahi pahala dan amalan yang mengundang dosa. Disinilah hidayah mula berputik dan mengetuk pintu hati seseorang untuk sedar akan keterlanjuran diri yang berbuat dosa. Kesedaran untuk kembali kepada Allah sebagai seorang hamba Allah dan bukan menjadi hamba kepada selain Allah. Apakah hidayah ? Hidayah ialah apabila kita menerima kesedaran akan sesuatu perbuatan, perkataan atau lintasan hati yang membolehkan kita membezakan antara yang haq dan yang bathil.

  • Kesengajaan untuk meninggalkan kesalahan dan maksiat yang telah dilakukan. Meninggalkan perbuatan maksiat tanpa ada paksaan. Sebaliknya dengan hati yang tulus ikhlas. Di sini factor taufiq memain peranan. Setelah pintu hati diketuk oleh kesedaran, maka taufiq memainkan peranan untuyk mendorong seseorang meninggalkan perbuatan keji tersebut dan mengamalkan suruhan Allah SWT.Apakah taufik ? Taufik ialah daya dorong untuk kita melaksanakan sesuatu perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.Apabila tidak wujud ketiga-tiga factor ini, maka tidak hairan orang yang melakukan sesuatu perkara dalam keadaan jahil. Disangka mereka dengan mengucap istighfar sudah memadai dan memenuhi tuntutan taubat. Amalan yang bukan amalan taubat atau HANYA sebahagian dari amalan taubat didakwa oleh mereka sebagai sudah bertaubat. Contohnya : lafaz istighfar. Ianya salah satu dari amalan taubat, tetapi orang yang melafazkannya belum tentu bertaubat. Ramai sudah kita ketemu, seseorang mengatakan dia sedar akan kesalahan mereka, dan mereka mengucapkan lafaz istighfar. Sesudah itu mereka lakukan semula dosa kemungkaran yang sama.Begitu halnya dengan agama-agama yang lain. Kristian, untuk bertaubat, mereka ke gereja, bertemu dengan pendeta mereka dan mengaku kesalahan mereka seterusnya membuat pembayaran di atas dosa yang telah mereka lakukan. Apakah kita perlu berbuat demikian sedangkan Allah Maha Agung dan Maha Berkuasa untuk menerima taubat kita ?Sebab itu , ilmu, kesedaran(menyesal) dan kesengajaan meninggalkan maksiat menjadi asas terbinanya pengertian taubat. Sedar bahawa dosa itu amat buruk dan terkutuk. Sedar bahawa dosa akan dibalas dengan siksa Allah di akhirat. Sedar bahwa di dunia lagi diri makhluk adalah lemah, apatah lagi jika di akhirat. Jadi dengan ketiga-tiga factor inilah akan memudahkan kita untuk bertaubat.

http://thesevenbattle.blogspot.com/2006/01/pertempuran-kedua-aqobatut-taubah.html

Tidak ada komentar: